Terima kasih kepada Pengerusi Eksekutif Kumpulan, YBhg. Dato' Hjh. Fazwinna Tan Sri Mustapha Kamal, yang telah sudi menjemput seorang Ustaz Celebriti yang mempunyai followers ramai melalui medium social media. Perkongsiannya amat bermanfaat, mengenai Budaya Kerja Positif dan Semangat Kerja Berpasukan. Dalam perkongsian tersebut, secara ringkasnya, apa jua masalah yang dihadapi di tempat kerja, kita haruslah kembali mengingati-Nya dan mengadulah masalah kita kepada Pecipta kita, iaitu Allah S.W.T. Budaya mengucapkan Alhamdulillah seusai bangkit dari tidur dan sentiasa bersyukur merupakan amalan yang amat dituntut. Semoga kita semua mendapat manfaat dari perkongsian ini. Turut hadir memeriahkan program ialah, rakan-rakan dari Belum Rainforest Resort dan Menara Mustapha Kamal yang hadir secara online. CEO, M. Jayasangaran Dhanapal dan CFO, Mr. Chong juga turut hadir dan mendengar perkongsian daripada @ustazlahoffical.
top of page
bottom of page
Comentários